CONTOH GAMBAR HAIWAN JINAK.
Tuesday, 3 April 2012
Contoh Rancangan Mengajar (khas untuk para guru prasekolah)
RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas : Tadika Perpaduan
Bilangan Murid : /20 Orang
Umur : 5 Tahun
Minggu & Hari : 17 & Selasa
Tarikh : 24 April 2011
Cadangan masa : 30 Minit
Tema : -
Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains
Tunjang Disepadukan : Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia
Standard pembelajaran utama:
( ST 3.4.5 ) Mengecam tempat tinggal haiwan, contoh Kucing-rumah, Ayam-reban.
Standard pembelajaran yang disepadukan:
i) ( BM 1.1.7 ) Mendengar arahan dan memberi respons.
Objektif pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh:
i) Mengenal pasti haiwan beserta tempat tinggalnya.
ii) Mendengar arahan dan memberi respons kepada guru ketika sesi p&p.
Pengetahuan sedia ada: murid sudah mengenali haiwan yang di tunjukkan.
Penerapan nilai: Berani, Memberi perhatian dan bersungguh-sungguh
Alat Bantu Mengajar (ABM): Lap top, LCD dan lembaran kerja.
KBKK: Menjana idea.
RANCANGAN MENGAJAR
LANGKAH MASA | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN | |
AKTIVITI GURU | AKTIVITI MURID | ||
Set Induksi ( 3 minit) | -Guru masuk ke dalam kelas dengan berlakon sambil membunyikan suara haiwan yang dilakonkan. -Setelah itu, guru kemudiannya mengarahkan murid untuk meneka nama haiwan yang dilakonkan sebentar tadi. -Guru menyuarakan bahawa jawapan murid tadi adalah betul dan mengarahkan mereka untuk memberi tepukan kepada diri sendiri. | -Murid tertarik melihat lakonan guru mereka yang berwatakan seperti kucing dengan bunyi ngiauan kucing. -Murid memberi respons dengan menjawab haiwan tersebut ialah ‘kucing’. -Murid berasa riang sambil bertepuk tangan untuk diri mereka sendiri kerana berjaya menjawab soalan dengan betul. | ABM:- Objektif:ii Nilai:Berani, memberi perhatian KBKK: Menjana idea |
Langkah 1 ( 8 minit) | -Guru menerangkan bahawa pembelajaran mereka pada hari tersebut adalah mengenai haiwan jinak beserta tempat tinggalnya dengan menggunakan Lap top dan LCD. -Guru menunjukkan satu persatu gambar haiwan jinak yang terdiri Kucing, Ayam, Kambing sambil mengarahkan murid untuk menyebut nama setiap haiwan yang di tunjukkan iaitu: Kucing, Ayam dan Kambing. | -Murid menumpukan perhatian kepada guru dan merasa gembira kerana mereka akan belajar dengan bantuan kemudahan ICT. -Murid melihat guru yang menunjukkan satu persatu gambar haiwan jinak dan menyebutkan nama bagi setiap haiwan yang di tunjukkan dengan betul iaitu: Kucing, Ayam dan Kambing. | ABM: Lap Top dan LCD Objektif:i & ii Nilai: Berani, memberi perhatian KBKK: Menjana idea |
Langkah 2 ( 10 minit) | -Setelah itu, guru memperkenalkan pula tempat tinggal setiap haiwan yang di tunjukkan sebentar tadi dan menyebut setiap tempat tinggal sambil diikuti oleh murid, iaitu: Rumah, Reban dan Kandang -Kemudiannya, guru mengajak murid untuk bersama-sama memadankan haiwan dan tempat tinggalnya dengan betul, iaitu: Kucing - Rumah Ayam - Reban Kambing - Kandang | -Murid melihat setiap tempat tinggal yang di tunjukkan sambil menyebut setiap daripadanya dengan betul berpandukan guru, iaitu: Rumah, Reban dan Kandang -Murid bersama-sama guru untuk memadankan haiwan dan tempat tinggalnya betul, iaitu: Kucing - Rumah Ayam - Reban Kambing - Kandang | ABM: Lap top, LCD Objektif: i & ii Nilai: Berani KBKK: Menjana idea |
Langkah 3 ( 5 minit) | -Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. -Kemudiannya, guru memberikan arahan untuk menuliskan nama masing-masing serta arahan untuk melakukan latihan tersebut. | -Murid menerima lembaran kerja daripada guru. -Kemudiannya, murid menuliskan nama masing-masing serta mendengar arahan untuk melakukan latihan tersebut. | ABM:Lembaran kerja Objektif: i & ii Nilai: Bersungguh-sungguh KBKK: Menjana idea |
Penutup ( 4 minit) | -Guru mengimbas kembali tentang pembelajaran mereka pada hari tersebut. -Kemudiannya, guru mengarahkan murid untuk menyebut kembali nama haiwan beserta tempat tinggalnya dengan betul | -Murid mendengar imbasan daripada guru dengan penuh perhatian. -Murid menyebut kembali setiap daripada nama haiwan dan tempat tinggalnya dengan betul. | ABM:- Objektif: i & ii Nilai: Bersungguh-sungguh KBKK: Menjana idea. |
Impak :
Secara keseluruhannya, seramai 17/20 orang murid yang berjaya mencapai objektif pembelajaran dan yang lainnya masih lagi lemah untuk menguasai sepenuhnya pembelajaran pada hari tersebut. Dengan menggunakan pendekatan ICT dalam pembelajaran akan dapat menarik minat murid untuk terus memberi fokus dalam setiap aktiviti pembelajaran secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)